Kenapa Aku Beli Link Dari Tay SuperBloggingTips

Kalau anda ke blog SuperBloggingTips baru-baru ini mungkin anda akan perasan link aku berada di sidebar blog tersebut. Sebenarnya aku membeli sidebar link tersebut dengan US$5 untuk 1 bulan. Apa alasan terbaik aku membeli sidebar link dari SuperBloggingTips, sebenarnya bukan disebabkan aku ada duit (lebih kurang RM20) membolehkan aku beli link tersebut. Tetapi disebabkan SuperBloggingTips antara blog yang selalu aku kunjungi dan blog tersebut memang mempunyai pembaca setia. Aku membeli link disitu untuk mendapat tempias pengunjung sahaja. Dan sekiranya aku email untuk exchange link mungkin dia tidak akan layan!!!! Mungkin juga aku nak menjadi terkenal.

Antara sebab aku beli link dari Tay SuperBloggingTips ialah:

  • Sebenarnya blog sebegini akan terus mendapat tempat dihati para pembaca jadi tidak salah aku mencuba nasib, takut-takut dia naikkan pula harga untuk sidebar link.
  • Pengunjung ke blog tersebut semakin bertambah dari hari ke hari. Tidak percaya sila anda ke blog tersebut, banyak tip-tip menarik yang dia kongsikan.
  • Blog tersebut telah mendapat PR3 dan aku hanya mencuri sebahagian dari link dalaman blog tersebut sahaja.
  • Alexa rank - Bawah 100ribu
  • Rss feed-150++
  • Murah-US$5 sahaja.

p/s - Tay SuperBloggingTips berkemungkinan besar beliau tidak faham sepatah haram apa yang aku cuba sampaikan kat sini - mungkin dia ingat aku mengutuk blog dia. Biar dia mencari kamus yang sesuai.

5 Responses to “Kenapa Aku Beli Link Dari Tay SuperBloggingTips”

  1. Wayne Liew Says:

    Kenapa kamu tiba-tiba tulis dalam Bahasa Melayu? Pening kepala aku semasa baca (Bahasa aku tidak baik).

    Pada pendapat saya, link tersebut terletak kat tempat yang susah diberi perhatian.

    OK Stop, I really can’t write in Malay. Sorry…

  2. Dott-Com Says:

    lol…hmmm..tulis dalam bahasa sebab bahasa inggeris saya kurang baik juga lorrrrr…….rasa begitu juga ler, link tuh tersorok sikit…..xder hal lah since dah bayar…

  3. whoops Says:

    lol…ko tulis smpe wayne liew ble tegur ko bro-SPM ko dpt brapa dulu

  4. vangardx Says:

    huhu..5usd tu boleh letak link kat zeo jgk rasanya.. :D

  5. Dott-Com Says:

    kemungkinan besar aku belom terokai zeo ponya website.

Leave a Reply