Masih belum terlambat aku nak mengupdatedkan blog aku dengan sajian Ramadhan rasanya. Disebabkan aku mempunyai peluang untuk balik kampung bercuti pada bulan lepas dan mempunyai ruang-ruang kosong di opis aku waktu ini, maka aku ingin memblog mengenai Laksa Perlis. Yang mana Laksa-laksa tersebut telah menjadi santapan aku sekeluarga pada bulan lepas.

Dibawah antara ‘angle2′ shot terbaik kamera N70 aku.

Untuk mencapai tahap pemakanan yang sempurna dengan laksa perlis atau laksa negeri lain maka anda perlu makan bersama telur rebus, cabai (cili kecil), otak udang, kicap dan juga sedikit perahan limau nipis. Juga diminum bersama Nescafe ais atau air kesukaan anda.

laksa perlis memang sedap

laksa

 

uhhhhhhh laksa

 

power

cabai melaka - huhuhu

Apa macam, Laksa negeri anda bagaimana rasanya. Laksa yang aku sajikan kat blog aku memang power sehinggakan Mazlan Senario pon sanggup datang ke Perlis semata-mata nak makan menda nih.

mazlan laksa

Laksa tempat lain yang aku kenali ialah Laksa Penang, Laksa Kedah, Laksa Serawak, Laksa Lemak dan Laksa Asam. Selainnya aku belum pernah test lagi. Kalau ada lagi laksa yang aku belum sebutkan dekat sini sila updated kat comment lah yer.

P/S - lepas nih aku nak post pasal kueh lompat tikam pulak. lompat tikam……..