Mazuin Ramli

Nak kawen…nak kawen….bgtau mak bapak nak kawen…“Betapa tebalnya muka saya, tetapi demi ibu dan ayah serta adik-beradik lain, saya gagahkan juga diri untuk kelihatan ceria,” kata Mazuin Ramli, 29, yang terpaksa bersanding sendirian selepas tunangnya tidak muncul pada hari penikahan dan majlis persandingannya pada 30 Ogos dan 1 September lalu.  Apsal plak nih…

Itu antara petikan akhbar Harian Metro Ahad - hari ini.  Hmmm…mana tidak tebal muka kalau terpaksa bersanding sorang diri, pengantin lelaki entah kemana.  Kalau aku bukan setakat tebal muka. tapi kena tampal “kulit @b@$” kat muka.  Cik Mazuin memang seorang yang tabah kerana masih sanggup lg bersanding walau pengantin, teman hidup yang diharap tidak muncul.  Dunia…dunia….

Alasan si jejaka tidak muncul adalah kerana gagal menyediakan wang hantaran berjumlah 7,373,73.  Bukanlah banyak sangat dan sekiranya jejaka tersebut cerdik maka dia boleh mencari jalan penyelesaian dengan berunding dengan pihak perempuan.  Tak percaya baca kisah selanjutnya di Metro Ahad.

Kes sebegini tak sepatutnya terjadi, kerana kedua-dua pihak rugi - terutamanya pihak lelaki.  Mana tak rugi, sebelah pihak perempuan dah sepakat nak mengambil tindakan undang-undang atas kerugian dan menutup malu.  Saman dan menuntut ganti rugi adalah cara yang terbaik agar kes sebegini tidak berulang.

Kepada Cik Mazuin, teruskan hidup anda, cari jodoh yang selayaknya.

p/s - kepada yang belum berkawen, cari dulu duit secukup mungkin.  Jangan ikut nafsu nak kawen.   Nak baca lagi klik sini