Nasi Lemak Vs Menulis Blog

Nasi Lemak Vs Menulis Blog!!!! Merupakan skema tajuk blog hari ini. Aku menulis post ini selepas selesai makan nasi lemak juga, aku teringatkan Makcik Bedah - seorang penjual nasi lemak yang berjaya dikawasan aku. Bukan ada skandal di antara aku - anak dia, atau aku - Makcik Bedah, tetapi aku hendak ceritakan kejayaan Makcik Bedah berniaga Nasi Lemak.

Setiap hari Makcik Bedah menjual lebih kurang 400-500 bungkus nasi lemak, yang mana setiap bungkus berharga RM1. Jadi setiap hari Makcik bedah akan memperolehi pendapatan lebih kurang RM400-500. Sebulan beliau akan memperolehi RM15,ooo pendapatan kasar hanya melalui jualan nasi lemak.

Apa kena mengena dengan Menulis Blog? Ada kena mengena juga sebenarnya. Aku merasakan proffesion menjual nasi lemak lebih menjanjikan kehidupan yang lebih baik untuk Makcik Bedah sekeluarga dari menulis blog. Maka, jauh lebih baik juga dari pendapatan aku sebulan…Tetapi untuk menukar profession tidak sama sekali. Makcik Bedah berjaya kerana usaha tanpa jemunya berniaga 10 tahun dahulu.

Buat duit dari blog bukan mustahil untuk dicapai, tetapi hanya %1 dari penulis blog yang berjaya untuk mencapai pendapatan yang stabil dari blog. Buat duit dari blog merupakan “usaha kerja percuma” di mana hasilnya belum tentu dicapai. Bagi aku semua boleh buat duit dari blog, tetapi ianya memerlukan kesabaran, motivasi tinggi dan nilai usaha yang konsisten untuk berjaya.

Kepada Makcik Bedah, teruskan menjual nasi lemak sambal tumis sardin kegemaranku. Nasi lemak Makcik memang power habis.