Blogging, Technology Me and Analyzing Modern Design
19 Aug
Bagaimana Hendak Memperolehi 1 Sen Dari Adsense.
Ini tajuk blog saya pada hari ini, “Bagaimana Hendak Memperolehi 1 Sen Dari Adsense”. Tajuk ini dipilih atas sebab-sebab tetentu, antaranya:
- Sudah banyak penulisan mengenai “buat duit dari adsense” dari penulis yang berpengalaman.
- Tulisan dari blogger yang sememangnya telah berjaya mengenai tips dan optimasi adsense boleh diperolehi dengan mudah dari blog yang telah berjaya.
Sebelum itu, senarai dibawah merupakan antara mitos mengenai “buat duit dari adsense”:
1 - Anda boleh buat duit dari internet terutamanya adsense? Tidak mustahil sekira kena dengan caranya
2 - Anda boleh buat duit dengan banyak dan cepat melalui adsense? Berkemungkinan tidak.
3 - Kebanyakan penulis blog yang lain memperolehi pendapatan yang lumayan dari adsense? Tidak, saya tidak merasakan begitu. Ini kerana hanya beberapa penulis blog yang berjaya.
Ok…bagaimana anda hendak mendapat 1 sen dari adsense anda, hal ini hanya akan berlaku sekiranya anda mempraktikkan idea-idea dibawah:
Idea ingin memperolehi $1 sen dari adsense:
1 - Pilih tajuk blog yang sememangnya boring untuk anda ceritakan dan dibaca.
Anda boleh ceritakan mengenai apa aktiviti anda diwaktu petang, ceritakan juga mengenai kucing atau burung perliharaan anda. Idea disini ialah memilih apa-apa sahaja tajuk yang boleh membosankan pembaca anda.
2 - Jangan lakukan apa-apa teknik SEO untuk meningkatkan pengunjung ke blog anda.
Permulaan yang agak senang - anda tidak perlu bersusah payah hendak meningkatkan pengunjung ke blog anda melalui teknik-teknik SEO, hanya perlu menulis dan biar Google membawa pembaca ke blog anda. Kekalkan “low profile” anda.
3 - Jangan “updated” blog anda.
Tulis post anda seminggu sekali atau selang dua minggu sekali, sebaik-sebaiknya anda hanya menulis sebulan sekali. Maka, tiada pelawat akan mengunjungi blog anda.
4 - Abaikan segala pemilihan “keywords” dalam blog anda.
Anda hanya perlu memilih pengunaan “keywords” yang mempunyai nilai yang rendah (cheap keywords). Ulang setiap keywords tersebut dalam setiap penulisan blog anda. Maka hasilnya, setiap post anda akan dibanjiri oleh iklan adsense yang sememangnya bernilai 1 sen atau sekurang-kurangnya 6 sen.
5 - Buang masa sahaja menyertai komuniti social.
Fikirkan sahaja menyertai komuniti social seperti MyBloglog, BlogCatalog sebagai membuang masa. Maka anda akan keseorangan, tiada pelawat dan tentu anda boleh memperolehi 1 sen dari adsense anda.
Sebenarnya terdapat pelbagai lagi tips untuk memperolehi 1 sen dari Google Adsense, bahagian kedua akan muncul dalam post saya yang berikutnya.
Soalan saya, pernahkah anda memperolehi $1 sen dari adsense anda?.
One Response for "Bagaimana Hendak Memperolehi $1 Sen Dari Adsense Anda."
pernah.
--